Thursday, October 22, 2009
SAMBAL IKAN BILIS CABAI MELAKA
Bahan A-blend halus
20 biji cabai melaka
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
Bahan-bahan lain:
1 keping asam keping
Ikan bilis (RM 1.00)
Gula & garam( secukup rasa)
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1. Basuh ikan bilis dan goreng hingga garing-ketepikan
2. Tumis bahan blend hingga garing. Masukkan asam keping, gula & garam
3. Masukkan bawang besar yang telah dimayang.
4. Last sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Gaul biar sekata.
5. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba.
RENDANG DAGING HITAM
Bahan-bahan:
Bahan A(digoreng tanpa minyak dan dimesin kasar)
10 ulas bawang kecik}
4 ulas bawang putih}
Halia sebesar ibu jari} diracik halus
1/2 inci lengkuas}
6 batang serai}
Cabai kering-50 sen
2 camca kecil Jintan manis
1 camca kecil Jintan putih
Bahan B
1/2 kilo daging lembu-bersihkan dan potong dadu
1/2 botol kicap manis
2 senduk besar kerisik
2 gelas air
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 tangkai daun kari
Cara-caranya:
1. Campur semua bahan A dan bahan B (kecuali kerisik, daun kari dan kicap manis) didalam kuali.
2. Masakkan diatas api. Kacau biar sekata.
3. Bila daging dah masak dan kuah agak kering baru masukkan kicap manis dan kerisik.
4. Last sekali masukkan daun kari.
5. Siap untuk dihidang.
** Info:
1. Masakan ini tidak perlu menggunakan gula dan garam.
2. Bahan2 untuk dimesin perlulah digoreng tanpa minyak terlebih dahulu untuk mendapatkan aroma yang menyelerakan. Pastu baru blend. Goreng tanpa minyak dulu jintan manis dan jintan putih. Angkat pastu goreng cabai kering plak. Angkat baru goreng semua bahan A yang lain.
3. Masakan ini enak dimakan dengan ketupat pulut dan juga boleh dimakan bersama roti.
RENDANG PEDAS UDANG
Bahan-bahan :
Bahan A:(ditumbuk separa lumat)
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 batang serai-hiris halus kemudian tumbuk
1/2 inci lengkuas
Bahan B:
Sedikit kelapa parut
2 sudu besar cili giling
Garam & gula (ikut citarasa)
1/2 kilo udang(buang kepala)-saiz sedang
Daun kunyit-dihiris halus
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1. Masukkan minyak dalam kuali.Tumis bahan A. Dah wangi masukkan cili giling. Kacau sehingga garing & pecah minyak.
2. Masukkan kelapa parut dan kacau lagi.
3. Masukkan udang. Pastu gula & garam. Rasa manis dan masinnya.
4. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit.
5. Sedia untuk dihidang-enak dimakan bersama ketupat pulut , roti dan nasi panas-panas.
MUSHROOM SOUP
1 tin cendawan butang (cincang halus-halus)
1/2 kotak susu segar
1/4 ketul buttercup
4 sudu tepung gandum
Serbuk lada hitam-ikut suka
1 ketul kiub ayam knorr
Cara-caranya:
1. Panaskan butter dalam periuk(gunakan api yang kecil), bila cair letak tepung gandum,kacau sampai jadi kental macam doh pekat dan berketul.
2. Masuk susu segar sedikit demi sedikit. Kacau dengan pemukul telur sehingga adunan tepung cair dan tidak berketul.
3. Letak air sikit-sikit dahulu, bancuhan akan berketul balik,pukul semula bagi hancur
4. Masukkan kiub ayam knorr, cendawan butang yang telah dicincang, lada hitam. Biar sehingga mendidih. Rasa masin & pedasnya.
5. Siap untuk dihidang. Sedap dimakan bersama garlic bread.
Tuesday, October 13, 2009
Kongsi Maklumat (Blog)
Belajar Microsoft Office
Disini saya ingin menyediakan satu ruang untuk kita saling berkongsi ilmu dan saling mempelajari sesuatu yang baru berkaitan Microsoft Office. Sebarang pertanyaan dan perkongsian ilmu amat digalakkan.
Sila klik link Microsoft Office yang berkaitan:
1. Microsoft Word
2. Microsoft Excel
3. Microsoft Powerpoint
4. Microsoft Access
Zikir dan Munajat
"Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Bersabarlah kamu (tekunlah kamu) takkala bersama dengan orang-orang yang yang menyeru kepada Tuhan mereka (berdoa dan berzikir), samada petang ataupun pagi, dalam mengharapkanNya..." (Al-Kahfi: 28)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya, bagi malaikat itu, sekumpulan malaikat yang berlegar-legar dalam mencari ahli zikir. Maka, apabila mereka (malaikat) mendapati satu kaum berzikir kepada Allah s.w.t., mereka (malaikat) akan berkata (kepada sesama para malaikat yang lain): "marilah segera kepada hajat kamu (apa yang kamu hajati)" Maka, mereka menaungi golongan yang berzikir (secara berjemaah tersebut) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia..." Al-Hadis. (riwayat Al-Bukhari).
Dari Mu'awiyah r.a. telah berkata, bahawasanya Nabi s.a.w. pernah keluar menuju ke halaqah para sahabat Baginda s.a.w.. Lalu, Baginda s.a.w. bertanya (kepada para sahabat yang berhimpun tersebut): "Apa yang menyebabkan kamu semua duduk berhimpun ini?" Mereka menjawab: "Kami duduk untuk berzikir kepada Allah s.w.t., memujiNya terhadap nikmatNya takkala Dia memberi hidayah kepada kami dalam memeluk Islam..." sehinggalah sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku dan memberitahuku bahawa Allah s.w.t. berbangga terhadap kamu di hadapan mara malaikat" (hadis riwayat Muslim)
Berikut disertakan senarai-senarai link untuk di muat turun zikir-zikir dan munajat. Anda boleh menyimpannya didalam handphone dan simpan didalam bentuk cakera (CD). Alangkah indahnya jika kemana sahaja kita berada, kita sentiasa mendengar alunan zikir dan munajat.
*cara untuk memuat turun fail sila baca diruang Cara memuat turun file rapidshare (secara percuma)
*senarai zikir dan munajat ini akan sentiasa di kemaskini dan ditambah
1.http://rapidshare.com/files/292682742/akil-hayy---sentuhan-zikrullah.mp3.html
2.http://rapidshare.com/files/292690076/abu-miqdad-bacaan-al-mathurat.mp3
3.http://rapidshare.com/files/292712483/Jabbar_and_Ali_-_Dedication.mp3
4.http://rapidshare.com/files/292720511/Jabbar_and_Ali_-_Inevitable_Journey.mp3
5.http://rapidshare.com/files/292734900/ust-dr-badrul-amin-al-mathurat.mp3
6.http://rapidshare.com/files/292741499/ust-dr-badrul-amin-alunan-zikir-munajat.mp3
7.http://rapidshare.com/files/292749965/ust-dr-badrul-amin-alunan-zikir-munajat-bahagian-1-.mp3